Anda perlu mempunyai domain.

Domain adalah nama unik yang diberikan untuk mengenal pasti alamat (IP address) server komputer seperti web server atau e-mel server di internet. Domain memudahkan pengguna untuk mengakses server dan menjadikannya lebih mudah untuk mengingati server yang dikunjungi berbanding dengan mengingati satu siri nombor  IP address.

Anda perlu mempunyai server.

Server adalah sistem komputer yang menyediakan jenis perkhidmatan tertentu dalam rangkaian komputer. Server disokong dengan processor yang berskala dan RAM yang besar, juga dilengkapi dengan sistem operasi khas, yang disebut sebagai sistem pengendalian rangkaian (network operating system).

Anda perlu mempunyai hosting.

Hosting adalah ruang harddisk dalam komputer server yang digunakan untuk penyimpanan database, email dan file web.