OUR PHONE NUMBER: +6011 - 354 88278
 
Whatsapp us +6011-354 88278

whatsapp

Pakar Seo Malaysia

Pakar Seo Malaysia

PAKAR SEO MALAYSIA

3 Pekara anda perlu tahu sebelum mulakan SEO

.

SEO = Search Engine Optimization

Pernahkah anda terpikir bagaimana enjin carian (Google / Baidu /Yahoo / Bing) memilih website-website untuk dipaparkan mengikut keyword (kata carian) tertentu ?

Matlamat syarikat enjin carian adalah untuk memberi maklumat terbaik berdasarkan carian pengguna.

Oleh itu, enjin carian menggunakan algorithm yang “memberi markah” kepada website yang mereka jumpa.

Website yang mempunyai “markah tinggi” bakal menduduki posisi tinggi di dalam keputusan carian.

SEO adalah proses untuk menaikkan “markah” website & memberitahu enjin carian tentang website tersebut. (Website SEO Malaysia)

SEO Specialist pula adalah pakar SEO yang boleh bantu website anda lebih mudah difahami oleh enjin carian & dapat posisi tinggi di dalam senarai.


Apa Beza SEO & SEM ?.


SEM = Search Engine Marketing.

SEM adalah semua jenis pemasaran yang dilakukan melalui enjin carian. (SEO dan iklan berbayar)

Pada asasnya SEO adalah sebahagian daripada SEM. Tetapi perkataan SEM selalunya digunakan untuk merujuk kepada iklan berbayar di dalam enjin carian.

SEO = anda akan dapat pelawat secara percuma (organik)

SEM = anda perlu bayar untuk dapatkan pelawat (pay-per-click)

Jika SEO Percuma, Mengapa Saya Perlu Bayar Untuk Servis SEO ? Apa Faedah Servis Website SEO Malaysia?.

Perkataan “percuma” di atas merujuk kepada website yang TELAH mencapai posisi tinggi di dalam enjin carian.

Oleh itu, servis SEO amat diperlukan untuk bantu anda mencapai posisi tinggi.


Berapa Harga Untuk Servis SEO ?

.

Julat Harga Servis SEO = RM1000 – RM30,000 (setiap bulan)

Anda pasti tertanya-tanya mengapa julat harga terlalu jauh berbeza?

Jawapan nya kerana ia bergantung kepada pakej dan servis yang anda perlukan

Jika target-keyword anda mempunyai banyak carian & persaingan, harga nya mungkin mencecah 5 angka sebulan.

Jika target-keyword anda kategori “mudah”, harga keseluruhan mungkin hanya 3-4 angka sahaja.

Jika anda perlukan tugas-tugas tertentu (Onpage SEO Analysis, Backlink dari Social Media, etc), harga nya mungkin 2-3 angka sahaja.

TIPS DARI PAKAR SEO

Hati-hati dengan pakej SEO yang murah dan menjanjikan ranking di posisi pertama. Mereka mungkin menggunakan teknik Blackhat yang boleh merosakkan reputasi website anda di mata Google.

Kebanyakan pakar / konsultan / agensi hanya meletakkan jaminan di page pertama , bukan posisi pertama.

Kerja SEO boleh disamakan seperti memancing. Kedua-duanya perlu menggunakan maklumat dan bahan-bahan yang ada untuk mendapatkan hasil yang baik.

Pemancing / nelayan yang hebat tahu di mana lubuk ikan & mampu meningkatkan peluang anda untuk dapat hasil tangkapan.

Pakar SEO yang hebat pula mampu meningkatkan peluang website anda untuk berada di muka surat pertama enjin carian.

Tetapi kedua-dua nya tidak boleh menjamin 100% hasil yang anda bakal dapat.

Cuba cari pakej yang menawarkan bayaran berperingkat, contoh 50% semasa mula kempen dan 50% selepas dapat lihat hasil.

Atau pakej yang menggunakan “performance bonus”. Biasanya pakej ini murah pada permulaan dan anda hanya perlu bayar bonus jika hasil kempen SEO tersebut baik.

Write Comment

LATEST NEWS

×

Start a Conversation

Hi! Chat with one of the representative.
Contact us on WhatsApp